Produk Sireh Emas

>> Sunday, April 18, 2010

Sirih atau piper betel sp. merupakan herba pusaka warisan bangsa yang sangat unik diguna di dalam setiap majlis adat istiadat Melayu begitu juga dalam perubatan tradisional Melayu.
Sirih diterima oleh semua golongan untuk membolehkan ia berada di mana sahaja dikampung atau kota samada semasa berduka atau bergembira.
Kini, melalui kajian saintifik, dibuktikan herba ini mengandungi komponen-komponen aktif yang sangat tinggi nilainya seperti antioksidan, falvournoid, polyphenol, hydroxyl cavicol, astrigen, sialagoga, ekspektoran, euginol dan banyak lagi yang penting dalam bidang perubatan herba.


RM135
Kosmeseutikal, satu inovasi dalam industri kecantikan negara gabungan dari kosmetik dan farmaseutikal / terapeutikal.
Penemuan ini pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia setelah lama melalui kajian makmal dan penyelidikan oleh para saintis dari SIRIM.
Projek kebangsaan di bawah Program Produk Semulajadi ini dibiayai sepenuhnya oleh IRPA, National Biotechnology Directorate (NBD), Kementerian Sains dan Inovasi MOSTI).
Bersandarkan kekuatan hasil penemuan saintifik, produk yang mengandungi Bioaktif Xanzwhite TL041 telah dipatenkan dengan Patent Pending PI 20044336 dan dinamakan sebagai XanzWhite™ Cosmeceuticals.
Xanzwhite Cosmeceuticals merupakan produk pertama tempatan yang memiliki latarbelakang R&D disokong oleh data-data pengujian serta analisa yang lengkap setaraf dengan produk jenama premium.
Kecantikan diinspirasi dari sains….

Latarbelakang Kajian

Kulit adalah organ terbesar di tubuh kita, menyerap apa saja yang terletak di atasnya termasuklah bahan bahan yang diguna untuk menghias serta penjagaan diri dan solekan. Tetapi ada kemungkinan bahan penjagaan kulit yang sering diguna mengandungi bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur kulit.
Bahan kimia toksik tersebut berupaya menembusi kulit melalui sel dan aliran darah seterusnya menyebabkan pelbagai kemudaratan kepada kesihatan dan sistem tubuh. Malangnya sebahagian besar kosmetik penjagaan kulit yang ada di pasaran mengandungi bahan bahan bahaya ini. Pengguna sering tertipu oleh kerana inginkan kelihatan cantik dan kulit yang cerah dalam tempoh masa yang singkat.
Di atas kesedaran inilah terhasilnya Xanzwhite Cosmeceuticals yang bebas dari toksik bahan terlarang hidrokuinon, peluntur dan asid dikomersialkan untuk memberikan yang terbaik dan selamat kepada pengguna.

Xanzwhite merupakan satu penemuan baru dan inovatif dalam industri kecantikan negara yang telah diperkenalkan di pasaran. Ia terhasil dari kajian saintifik menggunakan kaedah bioteknologi yang termoden oleh sekumpulan saintis, jurutera dan pakar penyelidik tempatan yang penuh dedikasi untuk menghasilkan produk yang bermutu dan selamat di pasaran.
Setelah beberapa tahun produk dikaji secara mendalam dan penuh teliti terhasillah Xanzwhite Cosmeceutical series ini yang bagaikan permata berharga oleh para saintis dan juga SIRIM BERHAD.
Produk ini bukan sahaja lain dan unik berbanding produk-produk yang ada di pasaran, bahkan ianya terlalu istimewa untuk diperbandingkan dengan yang lainnya.
Selain memperkenalkan kaedah KOSMESEUTIKAL iaitu gabungan kosmetik dan terapeutik dalam mencerahkan kulit ia juga bertindak hebat dengan cara yang selamat iaitu merencat aktiviti enzim tyrosinase yang menghasilkan melanin.
Melanin merupakan bahan aktif di kulit yang terhasil akibat pendedahan kepada cahaya yang berlebihan dan ini menentukan kecerahan kulit seseorang..
Terhasilnya Xanzwhite ini merupakan satu kejayaan besar kepada SIRIM BERHAD untuk memberikan sumbangan besar terhadap masyarakat dan pengguna selain menyajikan sesuatu yang terbaik kepada pengguna-pengguna bijak dan memiliki kesedaran tinggi berhubung keselamatan dan kesan jangka panjang.
Komitmen SIRIM BERHAD yang tidak berbelah bahagi terhadap mutu dan teknologi serta jaminan keselamatan terhadap pengguna telah dibuktikan dengan Xanzwhite.

Ujian Praklinikal dan makmal
Ujian keberkesanan telah dilakukan secara in vivo dan in vitro dengan menggunakan pengguna terdiri lebih dari pelbagai latarbelakang berbeza dari sudut usia, jenis kulit, jantina dan juga pekerjaan.
Melalui ujian ujian praklinikal dan ujian makmal yang dilakukan terhadap kulit mereka didapati memberikan keputusan positif yang cemerlang dengan XanzWhite™, dimana lebih 90% daripada mereka memberikan keputusan yang sangat dikehendaki. Selebihnya memberikan keputusan yang dianggap baik tetapi tidak mencapai kehendak kajian disebabkan kesalahan penggunaan, kerosakan yang terlalu kritikal oleh hidrokuinon dan juga tidak menepati jadual pemeriksaan makmal.


Kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Setiap produk Xanzwhite telah mendapat kelulusan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Clarifying Cleanser (MAL 06091265 K) Refreshing Moisturizer Lotion (MAL 06091266 K) Lightening Fluid (MAL 06091267 K) Multi Action Treatment Cream (MAL 06091268 K)


Keberkesanan Kosmeseutikal XanzWhite™
Perubahan demi perubahan kepada struktur kulit dapat dilihat dan dirasa selepas satu minggu penggunaan, kesan terbaik dapat dilihat biasanya pada minggu ke enam. Pembentukan kulit yang lebih lembut, tekstur yang seragam, tona warna lebih cerah, pori-pori lebih halus dan tegang adalah diantara hasil dari keberkesanan Kosmeseutikal XanzWhite™.
Namun demikian tempoh sebenar keberkesanan adalah amat bergantung kepada jenis kulit pengguna dan juga kaedah pemakaian produk ini.

Cara Penggunaan Malam = Clarifying Cleanser + Refreshing Lotion + Multiaction Treatment Cream
Siang = Clarifying Cleanser + Refreshing Lotion + Lightening Fluid with SPF15


COLLAGEN GEL (RM39.90)




WARISAN PUTERI FEMININE HYGIENE
(RM12)



SABUN SERI PUTERI (RM12)



LOSYEN HERBA SIREH (RM29)



LOSYEN SIREH SLIM (RM35)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP