Kesihatan menurut pandangan Islam

>> Tuesday, June 24, 2008

1. Terlalu lama berdiri
- merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk
- merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan
- merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi
tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat
- merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor
dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur
- merosakkan tenaga.. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira
- merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan padaliang vagina.

7. Terlalu kerap marah
- merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir
- merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih
- merosakkan jantung.

10.. Terlalu merana
- merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut
- merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut
- merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan
- merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan

14. Terlalu banyak minum minuman berais
- merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit
& tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang
- merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP