Apa itu aura

>> Wednesday, May 21, 2008

PENGENALAN KEPADA AURA
Aura, atau juga dikenali dengan nama Energy Body, Bioplasmic, Pranic Body, Qarin, Vital Body, Etheric Body atau Tubuh Pendua secara asasnya adalah visual satu bentuk tenaga badan/diri yang terpancar dan mengelilingi tubuh kita dalam arah berlawanan jam dari ubun kepala dan berputar sehingga ke hujung kaki dengan 7 kelenjar utama tubuh sebagai pusat putaran. Jaluran tenaga elektomagnetik ini mengelilingi tubuh fizikal kita dan mempunyai warna-warna yang tersendiri dan individu yang mempunyai Aura yang baik adalah individu yang mempunyai aura yang berbentuk oval yang cantik, berwarna pelangi (7 warna) dan juga bersaiz besar.

Aura boleh dilihat sama ada menggunakan alat khas ataupun menggunakan mata kasar (memerlukan latihan) dan physician/pengamal yang baik berkebolehan membaca personaliti dan juga status mood seseorang individu itu dengan melihat kepada warna, bentuk dan juga saiz auranya. Setiap warna Aura ini dilihat sebagai satu lapisan tetapi berhubung antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Aura juga boleh dilihat sebagai medium komunikasi bawah sedar kita selain dari menjadi pertahanan pertama tubuh badan fizikal kita. Bentuk, saiz dan warna aura tidak tetap. Ini kerana bentuk, warna dan saiz aura kita dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti emosi, persekitaran, kesihatan dan lain-lain lagi. Tubuh fizikal kita adalah dipengaruhi oleh Aura diri kita, maka sentiasa memastikan diri kita mempunyai Aura yang baik adalah sangat penting dalam kehidupan.



JENIS-JENIS AURA - BAIK DAN TIDAK BAIK



AURA - YANG SEIMBANG




AURA - STRESS / HARD WORKING / KEBIJAKSANAAN


AURA - EMOSI YANG KUAT / PEMARAH / PERENGUS



AURA - SPIRITUAL



KAITAN ANTARA AURA DAN DIRI
Aura memberi kesan pada diri. Oleh kerana ketidakupayaan ramai orang untuk melihat Aura secara terus dan teliti, ianya mencetuskan satu faktor psikologi dengan seolah-olah kita mendapati seseorang yang mempunyai Aura yang baik itu mempunyai daya tarikan yang sangat kuat. Ini adalah hasil dari bentuk, saiz dan juga warna Aura yang cantik yang mengelilingi seseorang individu itu. Aura juga bertindak sebagai pertahanan pertama tubuh dari penyakit dan juga unsur-unsur luar yang negatif. Aura diri dipengaruhi oleh faktor persekitaran, kesihatan, emosi dan lain-lain faktor. Apabila kita tidak sihat, Aura diri kita juga lemah. Begitu juga jika dalam status emosi yang tidak stabil (marah, sedih, kecewa dll) dan juga semasa kita di berada di persekitaran yang tidak ‘segar’ (kawasan sesak, pengkebumian, pencemaran dll).

Berada di tempat-tempat ini atau disituasi seperti yang disebutkan diatas akan mengecilkan Aura diri kita dan untuk individu yang Auranya sedia kecil, berada di tempat atau situasi tersebut akan memberi kesan terus kepada tubuh fizikal kerana lemahnya pertahanan pertama tubuh. Sebaliknya, individu yang mempunyai Aura yang baik mempunyai pertahanan diri yang bagus, baik dari penyakit, unsur negatif ataupun lain-lain faktor persekitaran. Aura berhubung secara langsung dengan minda bawah sedar kita. Makanya, individu yang mempunyai Aura yang baik dapat ‘berkomunikasi’ dengan lebih baik dengan minda bawah sedarnya dan seterusnya mendapat gerak rasa dan juga reflek yang baik. Dengan kata lain, Aura sangat membantu kita dalam membuat keputusan dan sebagai alat untuk memudahkan rutin seharian kehidupan kita.

Amalan orang-orang dahulu iaitu mandi bunga atau sekurang-kurangnya menyelitkan bunga di telinga ada manfaatnya yang tersendiri. Bunga secara umumnya menyerap tenaga sekeliling terutamanya tenaga matahari dan menyimpan tenaga tersebut seperti mana tubuh kita juga. Selain dari itu, bunga juga mempunyai tenaganya yang tersendiri dan juga frekunsinya. Lain warna bunga maka berbeza juga frekunsi yang dihasilkannya dan sebenarnya frekunsi ini adalah sama dengan frekunsi tubuh kita. Maka orang-orang dahulu menjadikannya sebagai medium meningkatkan Aura diri selain khasiat bunga itu sendiri yang sangat baik untuk diri dan juga mempunyai kandungan yang dapat merawat dan diketahui dapat menenangkan perasaaan dan dapat membangkitkan semangat / Aura seseorang itu.

Mengikut hukum, badan yang penuh dengan tenaga negatif akan menyingkiran tenaga positif badan dan proses penyingkiran tenaga positif ini jauh dari badan akan menarik pula tenaga negatif sekeliling semakin dekat dengan badan. Ini menghasilkan daya tenaga negatif yang semakin kuat dan cara untuk mengimbangkannya dan seterusnya meningkatkan daya positif diri adalah dengan cara berfikiran dan bersikap positif. Selain dari itu, mandi bunga juga boleh diamalkan untuk meningkatkan kembali Aura badan kita. Individu yang mempunyai Aura yang cantik lumrahnya disenangi, bertuah dan juga lebih tenang manakala individu yang Auranya buruk walaupun mempunyai rupa paras yang cantik atau kacak, tetapi tiada daya penarik selain dari cepat murung, banyak masalah tidak dapat diselesaikan, cepat marah dan juga stress.

Stress juga merupakan salah kesan dari tidak mempunyai Aura yang baik. Apabila kita dalam masalah, Aura kita menjadi tidak seimbang, kecil dan juga didominasi oleh satu-satu warna yang berkaitan dengan permasalahan kita (contohnya merah untuk marah). Apabila kita tidak mengambil langkah untuk memperbaharui atau memperbaiki Aura ini, Aura negatif ini akan mempengaruhi kita dan seterusnya stress berlaku. Semakin lama stress ini semakin parah dan seterusnya memberi kesan kepada kehidupan kita dan malangnya, stress ini boleh dielakkan dengan memperbaiki Aura kita yang lumrahnya mudah untuk dilakukan tetapi kerap kali diabaikan oleh kita. Selain itu, Aura yang baik berkebolehan untuk diharmonikan dengan Aura milik individu yang lain dengan lebih mudah. Atau dengan kata lain, semakin baik Aura seseorang itu, semakin mudah Aura tersebut untuk diselaraskan dengan Aura milik individu yang lain dan begitu juga sebaliknya semakin sukar untuk menserasikan Aura yang tidak baik dengan Aura individu lain. Ini amat berguna dalam perhubungan suami isteri ataupun keluarga yang kerap melakukan transaksi tenaga kerana tabiat Aura adalah sentiasa bertukar-tukar tenaga dengan orang disekeliling kita dan oleh itu, semakin rapat kita dengan seseorang, semakin kerap tenaga kita bertukar-tukar dengan tenaganya yang memberi maksud, Aura yang seimbang, harmoni dan punya frekunsi yang sama mampu membuatkan hubungan lebih bahagia dan harmoni.

Individu yang tidak menjaga Auranya berhadapan dengan permasalahan seperti mana seseorang individu itu tidak menjaga kesihatannya. Tanpa Aura yang baik, individu tersebut akan mudah patah semangat, cepat marah, semakin berfikiran negatif, sukar menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi perkara yang negatif. Untuk meningkatkan Aura tidak sukar tetapi selalunya tidak dititik bereratkan oleh sebilangan besar masyarakat. Konsep asas untuk peningkatan Aura adalah sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik. Orang yang berhati mulia dan kuat pegangan agamanya secara lumrahnya mempunyai Aura yang baik manakala orang yang berfikiran kotor dan busuk hati, kuat mengata mempunyai Aura yang tidak baik. Selain dari cara diatas, pemakaian produk Aura Seri juga dapat membantu meningkatkan dan seterusnya mengekalkan Aura yang baik tersebut.




AURA SERI

Menyedari potensi perniagaan dan atas tujuan mendidik masyarakat mengenai sains baru ini, pihak Positive Image Resources telah mengambil langkah dinamik dan inisiatif menjadi perintis teknologi Aura nombor satu di Malaysia ini dan seterusnya memperkenalkan satu-satunya produk yang telah diuji secara klinikal di pusat penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada International Institute of Health Science, Open International University for Alternative Medicine dan juga Positive Life Foundation yang terbukti dapat membantu memperbaiki dan mengekalkan Aura positif seseorang selain dari digunakan secara meluas bagi wanita dan juga lelaki sebagai produk kecantikan.

Aura Seri dihasilkan dengan gabungan 7 jenis minyak pati bunga yang diekstrak secara semulajadi yang mewakili 7 warna dan frekunsi yang dipertenagakan dengan butiran Kristal terpilih, garam Kristal bermutu tinggi, tenaga bunga emas dan juga tenaga alam semesta. Selain baik untuk meningkatkan mutu Aura seseorang, Aura Seri juga sinonim dengan 1001 kahsiatnya dan telah dimanfaatkan oleh ribuan pengguna yang berjaya mengubah personaliti dari negatif ke positif dan menjalani kehidupan yang lebih baik selain sinonim dikalangan kaum wanita sebagai produk kecantikan yang membantu menyerlahkan seri wajah mereka. Selain dari itu, Aura Seri juga boleh digunakan untuk tujuan penyembuhan luka kecil dan kecederaan minyak panas selain dari resdung. Aura Seri juga sesuai untuk digunakan sebagai medium Aromatherapy dan juga melegakan stress dan merupakan rahsia kesempurnaan untuk kehidupan yang lebih positif.

Tubuh terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Fizikal, Emosi, Spiritual dan juga Minda dan umumnya kita ketahui banyak produk kesihatan yang dilambakkan dipasaran bagi menjaga kesihatan tubuh kita dan untuk kebanyakan produk tersebut adalah menfokuskan pada bahagian Fizikal sahaja selain tidak banyak produk untuk minda. Aura Seri adalah satu-satunya produk yang membantu menjaga kesihatan bahagian tubuh kita yang kerap kita abaikan iaitu bahagian tubuh Emosi dan juga Spiritual. Manakala untuk minda pula, Positive Image Resources telah mengeluarkan produk yang menfokuskan pada perkembangan dan juga kesihatan minda yang diberi nama sebagai Aura Genius yang amat sesuai untuk anak-anak yang sedang belajar ataupun untuk individu yang kerap bekerja menggunakan minda atau kerap berhadapan dengan situasi yang memerlukan tindakbalas spontan yang pantas dan juga membantu lebih fokus.

Setiap benda atau makhluk yang hidup mempunyai Auranya yang tersendiri. Tiada satupun individu yang dilahirkan tanpa Aura diri tidak kira samaada individu tersebut baik ataupun jahat. Perbezaan seseorang individu dengan individu yang lain adalah saiz, bentuk dan juga warna Aura yang dimilikinya. Kini dengan berkonsepkan sains alam semulajadi, warna dan getaran gelombang tenaga aura, maka terciptalah produk Aura Seri dan juga Aura Genius yang diformulasikan oleh Prof Dr. Ibrahim Ahmad – pakar motivasi terkenal di Malaysia dan juga pakar Sains Aura sejak 2003 lagi. Dengan kekuatan Pn Ira yang merupakan finalis IKON Wanita 2007/2008 sebagai pengasas kepada produk ini, Aura Seri dan juga Aura Genius telah melangkah jauh keseluruh negara pelosok dunia dan kini berada di pasaran Asia, Eropah dan juga Australia. Di Malaysia, Aura Seri telah menjadi pilihan utama kepada Selebriti, Personaliti, Artis, Orang-Orang Kenamaan dan juga Kerabat Diraja.

Produk yang telah menerima Anugerah “Gatte Fosse Award” dari International Institute of Health Science ini telah mengubah kehidupan ribuan para penggunanya dengan kesan yang pantas dan menakjubkan. Seperti petikan kata dari Rosyam Nor (Pelakon No 1 Malaysia) “Inilah Rahsia Kesempurnaanku, bertambah muda dan rasa rezeki makin melimpah”

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP